Page 320 - 2019workreport.indd
P. 320
2 2
0 0
1 1
9 9
工
工
作
作
报
报
告
告 dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran, prestasi peningkatan pencapaian
书
书 murid-murid tidak ketara, malah kecuaian dalam penyelenggaraan peralatan
telah mengakibatkan pembaziran. Dong Jiao Zong berpendapat, kerajaan harus
memperkasakan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
ibunda di setiap aliran sekolah rendah dengan menggunakan IT dalam pengajaran dan
pembelajaran dengan sebaik-baiknya, barulah ini benar-benar membawa manfaat
kepada para murid. Cuba lihat kepada Korea, Jepun, Finland dan negara-negara lain
yang maju dalam ilmu dan pendidikan, negara-negara ini bersungguh-sungguh
untuk mengekalkan bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar dalam
pengajaran dan pembelajaran, tetapi ini tidak menghalang pembangunan negara-
negara tersebut.
4. Dong Jiao Zong menegaskan bahawa setiap murid mempunyai keupayaan yang
berbeza semasa mempelajari sesuatu bahasa, malah bukannya mudah untuk
seseorang menguasai tiga jenis bahasa. Pendidikan sekolah merupakan pendidikan
asas, maka perbezaaan keupayaan seseorang murid dalam penguasaan bahasa
tidak seharus dijadikan halangan kepada murid berkenan untuk mempelajari ilmu
pengetahuan. Pendidikan kebangsaan merupakan pendirian untuk semua rakyat
negara kita, maka pendidikan yang disediakan harus sesuai dengan keperluan rakyat
secara umum. Bahasa Inggeris bukanlah bahasa ibunda bagi majoriti rakyat negara
kita, maka Kementerian Pendidikan tidak harus semata-mata memenuhi kehendak
segelintir elit dan mengorbankan hak pembelajaran kebanyakan pelajar. Pelaksanaan
dasar PPSMI pasti akan menyebabkan sumber pendidikan yang terhad ditumpukan
kepada pelajar yang cemerlang dan membawa kesan negatif kepada golongan
pelajar yang lemah. Ini akan memburukkan lagi ketidakseimbangan dalam sistem
pendidikan negara.
5. Dong Jiao Zong sekali lagi menegaskan pendirian membantah PPSMI, tetapi ini
tidak bermaksud kami menafikan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa
sains, teknologi dan bahasa antarabangsa. Sebaliknya, kami berpendapat bahawa
PPSMI tidak memenuhi prinsip pendidikan bahasa ibunda dan merupakan satu
dasar pendidikan yang tidak betul. PPSMI bukan sahaja melemahkan taraf Sains
dan Matematik dalam pendidikan kebangsaan, bahkan juga menggadaikan hak
pembelajaran pelajar dan mengancam masa depan negara. Kami menyokong usaha
kerajaan meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan rakyat, tetapi
harus mengambil pendekatan yang memenuhi prinsip pembelajaran bahasa, iaitu
penambahbaikan dan peningkatan mata pelajaran Bahasa Inggeris dari segi matlamat
pengajaran dan pembelajaran, kurikulum, jumlah waktu belajar, bahan-bahan
pengajaran dan pembelajaran, pedagogi, perguruan, kemudahan dan sebagainya.
6. Akhirnya, Dong Jiao Zong menyeru kerajaan mengetepikan perasaan dan keinginan
peribadi, sebaliknya melaksanakan pembaharuan pendidikan secara ikhlas berasaskan
laporan penyelidikan dan analisis data. Dengan berasaskan prinsip keberkesanan
pendidikan bahasa ibunda, Dong Jiao Zong menegaskan bantahannya terhadap
pelaksanaan semula dasar PPSMI.
314
314