Page 325 - 2019workreport.indd
P. 325
文献 319
319
Kenyataan Bersama :Tangguh Dan Bincang Semula
5 OGOS 2019
Kami, pertubuhan-pertubuhan yang menghadiri mesyuarat pada hari ini berkenaan
dengan isu pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu untuk
pembelajaran murid SJKC dan SJKT Tahap Dua (tahun empat hingga tahun enam)
bermula tahun 2020, telah mencapai kata sepakat seperti berikut:
1. Berkenaan dengan kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertarikh 2
Ogos 2019, bahawa KPM akan mengambil kira pendekatan penyampaian yang lebih
mudah difahami dan tidak membebankan guru dan murid dengan mengemaskini
kandungan DSKP dan buku teks dengan hanya pengenalan tulisan khat, malah bagi
aspek seni bahasa, tiada pentaksiran akan dijalankan, dan juga tidak akan dikaitkan
dengan simpulan bahasa serta tidak dijadikan praktis latihan seperti dalam perancangan
awal, kami mengambil langkah berwaspada dan berjaga-jaga terhadap kenyataan
KPM tersebut kerana masih ada banyak perkara yang perlu diperjelaskan dengan
lebih teliti. Maka, kami menyeru KPM mengumumkan kandungan DSKP dan buku
teks mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipinda supaya orang ramai mengetahui
bagaimana pengenalan tulisan khat dilaksanakan di SJKC dan SJKT. Ini adalah penting
untuk mengikis kebimbangan dan keraguan orang ramai, malah juga memastikan
pelaksanaan tersebut menepati keperluan murid-murid SJKC dan SJKT. Maka, kami
berpendapat bahawa sebelum KPM memperjelaskan segala perkara tersebut untuk
pengetahuan orang ramai, pelaksanaan ini harus ditangguhkan untuk perbincangan
semula.
2. Kami tidak bersetuju dengan tindakan KPM memperkenalkan tulisan khat dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu untuk pembelajaran murid-murid SJKC dan SJKT,
kerana ini tidak bertepatan dengan keperluan sebenar pembelajaran Bahasa Melayu,
malah juga tidak memberi bantuan untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa
Melayu di kalangan murid-murid. Kami berpendapat bahawa di peringkat sekolah
rendah, SJKC dan SJKT harus berusaha untuk mengukuhkan tahap penguasaan
bahasa Melayu, maka sebagai salah satu cara untuk menambah keseronokan aktiviti
pembelajaran Bahasa Melayu, hanya setakat memperkenalkan tulisan khat sahaja
adalah memadai. Kesemua ini harus dinyatakan jelas dalam DSKP sebagai panduan
guru-guru. Dalam konteks ini, KPM boleh merujuk kepada buku teks mata pelajaran
Bahasa Melayu SJK Tahun 5 yang ada memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum,
termasuk seni tulisan khat.
3. Kami berpendapat bahawa ketidaksetujuan tulisan khat diajar dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu SJKC dan SJKT tidak membawa maksud menafikan bahasa Melayu
dan Jawi, serta menolak kepelbagaian budaya. Sebenarnya, pendirian tersebut
berasaskan prinsip pendidikan dan juga beban pengajaran dan pembelajaran yang
dihadapi oleh guru-guru dan murid-murid. Seksyen 9, Akta Bahasa Kebangsaan
menyatakan bahawa “Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan
syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali