Page 319 - 2019workreport.indd
P. 319

文献   313
                                                                                               313







               Sekolah Cina Malaysia ( Dong Zong ) dan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina
               Malaysia ( Jiao Zong ) menegaskan pendirian tidak setuju dan tidak puas hati, sehubungan
               itu,  Dong  Zong  dan  Jiao  Zong  (  Dong  Jiao  Zong  )  mengeluarkan  kenyataan  bersama
               seperti berikut:

               1.       Peratusan  calon  UPSR  tahun  2018  yang  mencapai  tahap  penguasaan  minimum
                   dalam  mata  pelajaran  Matematik  adalah  81.15%,  manakala  bagi  mata  pelajaran
                   Sains adalah 96.12%. Dong Jiao Zong berpendapat bahawa pencapaian tersebut
                   menunjukkan  keberkesanan  pengajaran  dan  pembelajaran  Sains  dan  Matematik
                   dalam bahasa ibunda di sekolah masing-masing. Sehubungan itu, untuk memastikan
                   semua  pelajar  memperolehi  hasil  pembelajaran  yang  lebih  berkesan  kerajaan
                   seharusnya memperkasakan lagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik
                   dalam  bahasa  ibunda  di  setiap  aliran  sekolah,  tetapi  bukan  melalui  pelaksanaan
                   dasar  PPSMI  dengan  sewenang-wenangnya  untuk  menggantikan  bahasa  ibunda
                   dalam pengajaran dan pembelajaran kedua-dua mata pelajaran tersebut. Tindakan
                   ini  menyebabkan  murid-murid  sekolah  rendah  terpaksa  mempelajari  Sains  dan
                   Matematik  dengan  menggunakan  bahasa  Inggeris  yang  bukan  bahasa  ibunda
                   mereka. Memandangkan kebanyakan murid-murid masih belum menguasai bahasa
                   Inggeris, maka ini pasti menyebabkan prestasi pencapaian murid-murid dalam Sains
                   dan Matematik merosot, seterusnya menjejaskan kualiti pendidikan negara.

               2.      Keunggulan  dan  keberkesanan  bahasa  ibunda  sebagai  bahasa  pengantar  telah
                   diperakui  oleh  UNESCO  dan  merupakan  amalan  umum  sedunia.  Pada  halnya,
                   Pelan  Pembangunan  Pendidikan  Malaysia  2013-2015  juga  memetik  laporan
                   UNESCO bahawa murid belajar dengan lebih berkesan apabila diajar dalam bahasa
                   ibunda sebagai persediaan untuk pendidikan dwibahasa atau pelbagai bahasa. Ini
                   menunjukkan bahawa Kementerian Pendidikan mengakui kepentingan pengajaran
                   dan  pembelajaran  dalam  bahasa  ibunda.  Oleh  itu,  pelaksanaan  semula  dasar
                   PPSMI merupakan satu tindakan yang bercanggah dengan pendirian Kementerian
                   Pendidikan sendiri. Dong Jiao Zong menyeru kerajan mengiktiraf pendidikan dalam
                   bahasa  ibunda  adalah  kaedah  pembelajaran  yang  paling  berkesan  untuk  murid-
                   murid. Ini tidak ada kaitan dengan kebanggaan bangsa tetapi adalah untuk menjaga
                   kepentingan  hak  pembelajaran  murid-murid  supaya  menepati  prinsip-prinsip
                   pendidikan dalam bahasa ibunda. Pada hakikatnya, pelaksanaan dasar PPSMI pada
                   tahun 2003-2009 telah memberi kesan negatif terhadap kualiti pendidikan negara.
                   Oleh itu, kerajaan seharuslah tidak mengulangi kesilapan tersebut.

               3.     Perdana Menteri menyatakan bahawa dasar PPSMI akan dilaksanakan semula dengan
                   menyediakan sistem baru yang dibantu dengan penggunaan teknologi maklumat (IT).
                   Namun begitu, Dong Jiao Zong berpendapat, teknologi maklumat merupakan alat
                   bantuan dalam pengajaran dan pembelajaran, ini tidak mempunyai  kaitan langsung
                   dengan penggunaan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains
                   dan  Matematik.  Penggunaan  IT  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  tidak  hanya
                   terhad dalam bahasa Inggeris sahaja. Sebenarnya, banyak peruntukan telah dibelanja
                   semasa kerajaan melaksanakan dasar PPSMI pada tahun 2003 hingga 2009 untuk
                   membeli pelbagai peralatan pengajaran dan pembelajaran, tetapi hakikatnya, yang
   314   315   316   317   318   319   320   321   322   323   324