Page 306 - 2019workreport.indd
P. 306
2 2
0 0
1 1
9 9
工
工
作
作
报
报
告 3. Keunggulan dan keberkesanan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar telah
告
书 diperakui oleh UNESCO dan merupakan amalan umum sedunia, khususnya bagi
书
pendidikan peringkat sekolah rendah yang merupakan pendidikan asas, mesti
menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa yang paling dikenali oleh murid-murid
untuk mempelajari mata pelajaran ilmu pengetahuan, termasuk mata pelajaran Sains
dan Matematik, kerana ini merupakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
paling berkesan.
Sehubungan itu, berasaskan prinsip keberkesanan pendidikan bahasa ibunda, Dong
Jiao Zong dengan tegasnya membantah kerajaan melaksanakan semula dasar PPSMI
di sekolah rendah supaya tidak mengganggu pembelajaran Sains dan Matematik di
kalangan murid-murid, dan menjejaskan ciri-ciri dan persekitaran pendidikan bahasa
ibunda di sekolah rendah.
Pada halnya, mengikut Akta Pendidikan 1996, bahasa pengantar utama bagi SK,
SJK(C) dan SJK(T) masing-masing ialah bahasa kebangsaan, bahasa Cina dan bahasa
Tamil. Oleh itu, dasar PPSMI bukan sahaja mengingkari Akta Pendidikan, bahkan
juga menghakis ciri-ciri pendidikan bahasa ibunda di semua aliran sekolah rendah.
Misalnya di SJK(C), pelaksanaan dasar PPSMI bukan sahaja menyebabkan jumlah
waktu pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bahasa Cina berkurang
secara mendadak, malah dalam peperiksaan UPSR, hanya kertas soalan peperiksaan
Pemahaman dan Penulisan Bahasa Cina dijalankan dalam bahasa Cina, manakala
kertas soalan bagi subjek-subjek yang lain termasuk Bahasa Melayu, Bahasa
Inggeris, Sains dan Matematik akan dijalankan dalam bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris. Ini jelas telah menjejaskan ciri-ciri SJK(C) yang menggunakan bahasa Cina
sebagai bahasa pengantar utama.
4. Dong Jiao Zong mengakui kepentingan bahasa Inggeris yang berperanan sebagai
bahasa antarabangsa dan bahasa pengantaraan dalam era teknologi maklumat
masa kini, maka kami menyokong sepenuhnya usaha kerajaan meningkatkan
tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid-murid, tetapi bukan melalui
pendekatan dasar PPSMI. Peningkatan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan
murid-murid harus dilaksanakan berdasarkan kurikulum, tenaga pengajar, bahan-
bahan mengajar dan kaedah pengajaran mata pelajaran Bahasa Inggeris, supaya
menepati prinsip pendidikan dan mencapai kesan yang diharapkan.
5. Dong Jiao Zong menyeru semua lapisan masyarakat dan pertubuhan-pertubuhan
pendidikan yag prihatin akan pendidikan bahasa ibunda, termasuk pertubuhan-
pertubuhan Cina di Sarawak, lembaga pengurus sekolah, persatuan alumni, PIBG
dan pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan di SJK(C) berpegang teguh untuk
membantah dasar PPSMI demi mempertahankan ciri-ciri pendidikan bahasa ibunda,
dan memastikan murid-murid untuk terus membelajari mata pelajaran Sains dan
matematik dalam bahasa ibunda supaya memperolehi hasil pembelajaran yang
paling berkesan.
300
300