Page 305 - 2019workreport.indd
P. 305

299
                                                                                        文献   299







                   以华小为例,一旦以英文教数理科,不但以华文进行教学的总上课时数大幅度减
               少,而且在小学六年级评估考试(UPSR)中,就只剩下华文理解和作文的试卷是以华文
               进行,而其他科目,包括马来文、英文、数学和科学都是以非华文来出题和作答,这已
               经完全破坏了华小的特征。

                   董教总全力支持政府提升学生的英语掌握能力,但不是通过以英语教授数学和科学
               的不当做法,而是必须依据语文教学的原理,从英文科本身着手进行全面的改善和提
               升,才是正确和有效的做法。董教总认为,要提升学生的英语水平,就必须改善英文科
               的教学目标、课程、上课时数、教材、教学法、师资和设备等,这才是对症下药提升英
               语水平,符合教育原理的做法。

                   董教总吁请全国关心母语教育的人士和团体,特别是砂拉越所有的华团,以及各华
               小董事部、校友会、家教协会及相关的机构站稳立场,坚决反对数理科以英语教学,以
               捍卫华小的母语教育本质,保障学生继续以母语学习数理科,以获得最大的学习成效。




                            Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
                                               25 April 2019

                   Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan
               Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) amat prihatin terhadap
               pengumuman Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, setelah pertemuan dengan Ketua
               Menteri  Sarawak,  Datuk  Patinggi  Abang  Johari  Abang  Openg,  bahawa  Sarawak  akan
               menjadi negeri pertama yang melaksanakan semula pengajaran mata pelajaran Sains dan
               Matematik dalam bahasa Inggeris. Sehubungan itu, Dong Zong dan Jiao Zong ( Dong Jiao
               Zong ) mengeluarkan kenyataan bersama berikut:

               1.     Dasar pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
                   Inggeris  (PPSMI)  yang  dilaksanakan  mulai  tahun  2003  bukan  sahaja  menjejaskan
                   pembelajaran  murid-murid,  malah  juga  membazirkan  jumlah  wang  yang  amat
                   besar dan sumber pendidikan negara. Pada akhirnya, kerajaan terpaksa mengakui
                   kegagalan pelaksanaan dasar PPSMI dan memansuhkan dasar ini pada tahun 2009.
                   Maka,  Dong  Jiao  Zong  dengan  tegasnya  membantah  cadangan  kerajaan  untuk
                   melaksanakan  semula  dasar  PPSMI  kerana  ini  sebenarnya  mengulangi  kesilapan
                   yang sama, menjadikan murid-murid sebagai bahan eksperimen,  mengorbankan
                   kebanyakan murid dan menjejaskan pembangunan pendidikan negara.

               2.     Berkenaan  dengan  pengumuman  Menteri  Pendidikan  bahawa  Sarawak  menjadi
                   negeri  pertama  melaksanakan  semula  dasar  PPSMI,  ini  bermakna  adakah
                   Kementerian  Pendidikan  akan  turut  melaksanakan  dasar  PPSMI  di  negeri-negeri
                   lain?  Memandangkan  dasar  ini  akan  membawa  impak  yang  besar  terhadap
                   pembangunan negara, maka Dong Jiao Zong menyeru Menteri Pendidikan dengan
                   segera mengumumkan butir-butiran yang lebih lanjut mengenai pelaksanaan semula
                   dasar PPSMI.
   300   301   302   303   304   305   306   307   308   309   310