Page 331 - 2019workreport.indd
P. 331
文献 325
325
Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
13 Ogos 2019
Kekalkan Seni Khat dalam Pendidikan Islam
Dong Zong dan Jiao Zong berasa amat kesal atas tuduhan YAB Perdana Menteri
Tun Dr Mahathir Mohamad pada 12hb Ogos, malah menafikan dengan tegas label yang
dilontarkan ke atas Dong Zong, kononnya Dong Zong yang menolak pengajaran seni khat
adalah badan rasis yang menolak segala usaha kerajaan dalam pendidikan.
1. Dong Jiao Zong menegaskan bahawa pendirian kami selama ini adalah untuk
membangunkan pendidikan bahasa ibunda dan menggalakkan kepelbagaian budaya
antara kaum di negara kita. Kami sedar akan realiti kepelbagaian di negara kita, maka
kami menggalakkan persefahaman, penghormatan dan keterangkuman terhadap
perbezaan budaya antara kaum, dan menolak sebarang tindakan yang merendahkan
kaum lain. Untuk menggalakkan interaksi antara kaum, Dong Zong telah menubuhkan
jawatankuasa pembangunan kepelbagaian kaum dan budaya yang berusaha untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti interaksi bagi para pelajar antara aliran sekolah.
2. Dong Jiao Zong bukan satu-satunya badan yang menolak pengajaran seni Khat di
sekolah jenis kebangsaan, tetapi pandangan ini mewakili suara arus perdana dalam
komuniti non-muslim di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Malah, bukan semua
orang Melayu bersetuju dengan langkah ini. Sebagai contoh, Tan Sri Rafidah Aziz telah
menyatakan bahawa seni khat harus dijadikan mata pelajaran elektif dan bukan wajib.
3. Pengajaran seni khat ditolak lantaran kegagalan pegawai-pegawai Kementerian
Pendidikan untuk mengambil pandangan masyarakat bukan Melayu – sama ada Dong
Zong, Jiao Zong, Tamil Foundation ataupun MCCBCHST. Hakikatnya, seni khat selama
ini diajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam bermula Tahun 4 untuk murid muslim
yang telah mempelajari tulisan Jawi sejak Tahun 1. Apakah rasionalnya untuk mengajar
seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, sehingga murid bukan muslim yang
belum kenal tulisan Jawi pun perlu belajar seni kaligrafinya? Selain itu, Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam
tahun 1 hingga 6 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah menetapkan
pengajaran dan pembelajaran tulisan jawi dan seni khat. Maka, kerajaan seharusnya
mengekalkan pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi dan seni khat di dalam mata
pelajaran Pendidikan Islam dan bukannya dimasukkan ke dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
4. Bantahan terhadap pengajaran seni khat atas kesangsian bahawa ia sebagai alat dakwah
dan sebahagian daripada usaha Islamisasi ada asasnya. Motivasi agama ini dinyatakan
jelas oleh, antara lain, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik
Omar Nik Abdul Aziz, yang menyokong “usaha kerajaan untuk memperkenalkan
tulisan Jawi dan seni khat” demi “meningkatkan kefahaman generasi muda
terhadap tulisan Jawi dan Bahasa Arab, serta memudahkan mereka untuk mempelajari
Al-Quran serta memahaminya seterusnya beramal dengannya.”Motivasi agama
dalam peluasan tulisan khat juga jelas dapat dihayati dalam tulisan ilmiah seperti