Page 334 - 2019workreport.indd
P. 334

2 2
      0 0
      1 1
      9 9
     工
     工
     作
     作
     报
     报
     告
     告                                 KENYATAAN BERSAMA
     书                                       20 Ogos 2019
     书
              1.     Kami melihat secara positif terhadap keputusan Jemaah Menteri pada 14 Ogos 2019
                  mengenai isu pengenalan tulisan Jawi. Bagaimanapun, ingin kami tegaskan bahawa
                  matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK adalah
                  untuk meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid,
                  maka kami tidak setuju murid-murid SJK  mempelajari tulisan Jawi, kerana langsung
                  tidak memberi bantuan untuk meningkatkan penguasaan Bahasa Melayu . Maka,
                  hanya setakat memperkenalkan tulisan Jawi kepada murid-murid untuk mengetahui
                  adanya jenis tulisan ini sahaja adalah memadai. Pada pandangan kami, pihak kerajaan
                  prihatin terhadap suara komuniti bukan Islam, dan mengambil langkah penyelesaian
                  untuk mengikis kebimbangan komuniti bukan Islam  merupakan satu tindakan  yang
                  tepat.


              2.     Berkenaan dengan keputusan Jemaah Menteri bahawa pengenalan  tulisan Jawi di
                  SJK hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui PIBG serta ibu bapa dan murid, kami
                  berpendapat bahawa ini akan menimbulkan pelbagai masalah dan kesulitan dalam
                  proses pelaksanaan, malah tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Lebih-lebih
                  lagi, kebanyakan SJK(C) di Sabah dan Sarawak tidak mempunyai PIBG. Pada halnya,
                  ahli-ahli Lembaga Pengurus Sekolah di SJK telah merangkumi wakil-wakil daripada
                  PIBG dan persatuan alumni, maka adalah lebih sesuai diserahkan kepada LPS sekolah
                  untuk membuat keputusan mengenai pelaksanaan pengenalan tulisan Jawi.

              3.     Kami berpendapat bahawa KPM menukarkan pengenalan seni tulisan khat kepada
                  tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di SJK dapat mengikis keraguan
                  komuniti  bukan  Islam.  Dalam  konteks  ini,  KPM  boleh  merujuk  kepada  buku  teks
                  mata pelajaran Bahasa Melayu SJK Tahun 5 yang ada memperkenalkan seni tulisan
                  pelbagai kaum, termasuk seni tulisan Jawi.

              4.     Memandangkan masih ada banyak perkara yang perlu diperjelaskan dengan lebih teliti,
                  maka kami menyeru KPM mengumumkan isi kandungan DSKP dan buku teks mata
                  pelajaran Bahasa Melayu supaya orang ramai mengetahui bagaimana pengenalan
                  tulisan  Jawi  dilaksanakan  di  SJK(C)  dan  SJK(T).  KPM  juga  harus  terlebih  dahulu
                  berunding dan mendapat persetujuan pihak berkepentingan, terutamanya  Dong Jiao
                  Zong dan pertubuhan pendidikan Tamil sebelum keputusan dibuat, ini adalah penting
                  untuk mengikis kebimbangan dan  keraguan orang ramai, serta memastikan ciri-ciri
                  dan identiti SJK(C) dan SJK(T)  tidak terjejas.


                      KPM harus terus mengadakan sesi libat urus dengan pertubuhan pelbagai kaum dari
                  semasa ke semasa supaya perbezaan pandangan yang timbul dapat diselesaikan
                  melalui  perbincangan  yang  rasional,  ini  amat  penting  untuk  mempertingkatkan
                  keharmonian dan perpaduan antara kaum.

              5.     Memandangkan    isu  pengenalan  tulisan  Jawi  masih  dalam  perbincangan,    kami
                  akan terus mengumpul  maklumat dan mengadakan perbincangan yang mendalam






          328
          328
   329   330   331   332   333   334   335   336   337   338   339