Page 332 - 2019workreport.indd
P. 332
2 2
0 0
1 1
9 9
工
工
作
作
报
报
告
告 “Sumbangan Kaligrafi Arab dalam Kesenian Islam: Suata Kajian Sejarah” oleh Dr
书 Mohd Bakhir Hj Abdullah.
书
5. Komuniti non-muslim memahami kecintaan komuniti Muslim terhadap tulisan Jawi
dan seni khat yang berteraskan keimanan. Kami menyokong hasrat mulia Yadim dan
pihak lain untuk meningkatkan penguasaan tulisan Jawi untuk anak-anak Muslim
sahaja dan menyaran agar seni khat terus diajar dalam Pendidikan Islam. Mengajar
seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bukan sahaja membimbangkan ibu
bapa bukan muslim di SJKC dan SJKT, tetapi juga ibu bapa bukan muslim di SK. Jika
seni khat diajar secara wajib dengan motivasi dakwah, maka ini tidak menepati prinsip
al-Quran yang mengajar bahawa tiada paksaan dalam Islam.
6. Dong Jiao Zong menegaskan pendirian kami untuk mendukung sepenuhnya bahasa
Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dengan tulisan Rumi sebagai bentuk tulisan
rasmi yang tunggal sebagaimana yang termaktub dalam Seksyen 9, Akta Bahasa
Kebangsaan yang berasaskan Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan berbunyi:
“Tulisan bagi bahasa kebangsaan ialah tulisan Rumi: dengan syarat bahawa ini tidak
melarang penggunaan tulisan Melayu, yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi,
bagi bahasa kebangsaan.”
7. Dong Jiao Zong juga menghargai tulisan Jawi sebagai warisan dan pembuka pintu
kepada karya-karya bahasa Melayu sebelum tulisan Rumi menjadi popular. Dong Jiao
Zong mengambil maklum dan menghormati usaha kerajaan dan masyarakat Melayu
untuk memelihara tulisan Jawi. Akan tetapi, untuk tulisan diterima dan dipelajari oleh
komuniti non-muslim, ia mesti boleh mengungkap makna dan perbincangan di luar
bidang Islam, sepertimana bahasa Arab digunakan oleh orang Arab bukan muslim –
seperti di Palestine, Lebanon, Syria dan Mesir – untuk semua tujuan tanpa batasan
termasuk agama Kristian.
8. Dong Jiao Zong menyeru YAB Tun Dr Mahathir Mohamad mendengar pandangan semua
pihak dalam polemik seni khat dan tidak menafikan pandangan non-muslim. Kerajaan
Pakatan Harapan harus memastikan bahawa keputusan penting yang melibatkan
kaum, bahasa, agama dan budaya dibuat hanya selepas libat-urus (engagement) yang
merangkumi semua pemegang taruh. Dong Jiao Zong sedia menjelaskan pendirian
kami dalam isu ini kepada YAB Perdana Menteri dan menyeru YB Menteri Pendidikan
Dr Maszlee Malik mengambil langkah untuk membentuk badan konsultative yang
merangkumi semua komuniti bahasa dan agama dalam Kementeriannya agar
kontroversi seperti isu seni khat yang dapat dielakkan sebermulanya, tidak berulang di
masa depan.
326
326