Page 412 - 2019workreport.indd
P. 412

2 2
      0 0
      1 1
      9 9
     工
     工
     作
     作
     报
     报
     告            Terlebih  dahulu  saya  merakamkan  ucapan  terima  kasih  serta  mengalu-alukan
     告
     书        kehadiran YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof kerana sudi meluangkan masa bersama-
     书
              sama kita untuk merasmikan Seminar Akademik Antarabangsa.
                  Hadirin yang saya hormati,
                  Seminar akademik hari ini merupakan projek utama siri “Ke Arah Baru Pendidikan
              Bahasa Cina”. Kami berharap melalui seminar ini dapat menerokai cara dan idea baru
              dalam pengajaran dan pembelajaran, serta menguasai teori pendidikan dan perkembangan
              antarabangsa, demi pembangunan pendidikan Malaysia.

                  Seminar ini bertajuk “Menerokai Masa Depan Pendidikan: Konsep, Metodologi dan
              Pragmatik” telah menjemput pakar-pakar pendidikan dari China, Hong Kong, Taiwan,
              dan penyelidik tempatan untuk menyampaikan hasil kajian yang merangkumi pelbagai
              aspek,  iaitu  pembaharuan  pendidikan,  pengajaran  berinovasi,  penilaian  antarabangsa,
              pendidikan sivik, dan sebagainya.

                  Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,

                  Pendidikan  adalah  batu  asas  pembangunan  negara.  Kerajaan  Malaysia  dan  kami,
              pertubuhan  masyarakat  telah  melabur  begitu  banyak  masa  dan  tenaga  kerja  dalam
              sistem  pendidikan.  Sungguhpun  usaha  penambahbaikan  pendidikan  telah  menampak
              kesan positif, manakala ia melibatkan kerja-kerja berat seperti pembentukan visi dan
              misi  pendidikan,  transformasi  struktur  sistem  pentadbiran  dan  pelaksanaan,  malah  ia
              juga  akan  menghadapi  pemikiran  konservatif  dan  rintangan  dalam  masyarakat,  maka
              pembaharuan  pendidikan  secara  keseluruhan  bukanlah  senang  dilaksanakan.  Selain
              itu, rancangan dasar pendidikan yang kurang tersusun dan konsisten juga melemahkan
              impak pembaharuan pendidikan negara.

                  Kemerosotan kualiti pendidikan dan ketidakseimbangan pupuk bakat akan berlaku
              sekiranya  dasar  pendidikan  yang  tidak  bersesuaian.  Jika  pengagihan  peruntukan
              pendidikan  yang  tidak  munasabah  dan  memberat  sebelah,  ia  akan  memperluaskan
              jurang  kekayaan  serta  menjejaskan  kestabilan  sosial.  Sebenarmya  pembaharuan
              pendidikan bukanlah mengenai kaedah pemeriksaan, tetapi adalah mengenai pemikiran.
              Visi  pendidikan  perlulah  fokus  dalam  mendidik,  bukanlah  menghabiskan  masa  untuk
              mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan.

                  Kepelbagaian bakat mewujudkan kecemerlangan. Negara memerlukan modal insan
              yang berpotensi, bukan murid yang pandai menjawab soalan peperiksaan saja. Kemajuan
              atau kemunduran negara adalah bergantung pada kualiti pendidikan yang kita berikan
              kepada generasi akan datang.

                  Hadirin yang saya hormati,

                  Peribahasa  Cina  menyebut,  ‘tanam  sepohon  pokok  akan  menikmati  redupnya
              sepuluh tahun kemudiannya. Bina sebuah sekolah, akan membentuk masyarakat seratus
              tahun kemudiannya’. Tidak syak lagi bahawa system pendidikan di negara kita mesti





          406
          406
   407   408   409   410   411   412   413   414   415   416   417