Page 341 - 2018年工作报告书
P. 341
文献 337
Saya berasa amat gembira kerana Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Persekutuan
Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dan Inisiatif
Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN) bersepadu bersama-sama menganjurkan Forum
Bahasa Jiwa Bangsa pada malam ini. Malam ini Dong Zong dan DBP juga akan menandatangani
Memorandum Persefahaman di bawah saksi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee. Ini merupakan
permulaan yang baik terhadap perkembangan Bahasa Melayu dan Bahasa Ibunda. Kami
berharap kerjasama yang semakin erat ini akan menyokong pembelajaran Bahasa Melayu
dan mengenali kepentingan kepelbagaian budaya.
Tuan-tuan dan puan-puan, Dong Zong dan DBP telah menganjur Forum Pelajar
untuk Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) seluruh Malaysia selama 27 tahun. Ini
menunjukkan Dong Zong dan DBP telah bekerjasama dengan erat selama ini. Atas asas ini,
Dong Zong dan DBP akan menandatangani Memorandum Persefahaman yang menambah
lagi bidang kerjasama berikut:
a) Memperkasakan pembelajaran dan pengajaran Bahasa Melayu, pendekatan pengajaran
Bahasa Melayu yang lebih berkesan.
b) Aktiviti-aktiviti yang dapat memupuk persefahaman budaya antara satu sama lain.
c) Menambah bahan bacaan Bahasa Melayu di kalangan murid-murid sekolah rendah
Cina dan sebagainya.
Dan yang pentingnya, Dong Zong bersama DBP dan IPPN dapat menganjur bersama
Forum Bahasa Jiwa Bangsa, satu jangkauan langkah yang besar bagi semua! Kami berharap
kerjasama sebegini bukan saja dapat diteruskan malah dipereratkan!
Pepatah Melayu yang berbunyi “Bahasa Jiwa Bangsa” mempunyai makna yang sama
dengan kata Tokoh Jiwa Budaya Cina, Encik Lim Lian Geok iaitu “Bahasa seberat Nyawa”.
Oleh itu, “Bahasa Jiwa Bangsa” sesuai digunapakai oleh semua kaum di Malaysia. Kami
berharap bahasa ibunda setiap kaum dapat terus berkembang di samping memperkukuhkan
penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam negara tercinta ini.
Pada malam yang mulia ini, Dong Zong akan menghadiahi kaligrafi cina kepada DBP.
Kandungannya bermaksud “Menghayati kebudayaan dan nilai-nilai orang lain adalah seperti
menghargai budaya dan nilai-nilai diri sendiri. Maka, dunia akan menjadi harmoni”. Manakala
kandungan kaligrafi cina untuk Menteri Pendidikan Dr Maszlee ialah “Hidup Berbilang,
Makmur Bersama”. Kedua-dua kaligrafi cina menonjolkan semangat kepelbagaian dan
keunikan serta budaya Malaysia yang begitu menarik. Kita perlu menghargai dan melindungi
harta yang tidak ternilai ini.