Page 340 - 2018年工作报告书
P. 340
2018年工作报告书
2018年11月21日
Forum Bahasa Jiwa Bangsa
Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP),
Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong
Zong) dan
Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN)
Teks Ucapan Tan Tai Kim, Pengerusi Dong Zong
Salam Sejahtera dan Selamat Petang,
Yang Berhormat Dr Maszlee Malik
Menteri Pendidikan
Kementerian Pendidikan,
Prof Dr. Mohamed Hatta Shaharom
Pengerusi Lembaga Pengelola
Dewan Bahasa dan Pustaka,
Tan Yew Sing
Pengerusi
Inisiatif Pengislahan Pendidikan Nasional (IPPN),
Dato' Vincent Chin
Pengurus Besar
KH Sports World Sdn. Bhd,
Ahli-ahli Panel dan Moderator,
Dif-dif jemputan serta,
Para hadirin sekalian,
Sebagai permulaan, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri
Pendidikan, YB Dr Maszlee Malik atas kesudian beliau untuk menghadiri dan menyokong
program bersama pada malam ini.
Selama ini, masyarakat Cina umumnya serta rakan-rakan yang terlibat secara langsung
atau tidak langsung dalam pendidikan Cina memandang Malaysia sebagai sebuah negara
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya. Masyarakat majmuk dan berbilang
merupakan harta negara kita yang berharga, unik dan adanya kelebihan. Setiap kaum hidup
dengan semangat muhibah, bersatu-padu dan gembira dan yang penting sekali, aman dan
damai!
Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan menurut Perlembagaan Malaysia.
Maka setiap rakyat perlu mempelajari Bahasa Melayu di samping kebebasan dan hak
untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing seperti mana yang termaktub dalam
Perlembagaan Malaysia.
336