Pengenalan Jabatan Hal Ehwal Pendidikan
Jabatan Hal Ehwal Pendidikan diketuai oleh Timbalan Ketua Eksekutif. Tanggungjawab jabatan ini adalah untuk memantau dan mengurus operasi setiap bahagian atau unit yang di bawahnya. Di bawah jabatan ini terdapat empat bahagian dan satu unit, iaitu Bahagian Kurikulum, Bahagian Peperiksaan, Bahagian Pendidikan Guru, dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar serta Unit Biasiswa dan Pinjaman Pendidikan.
Kedudukan Jabatan Hal Ehwal Pendidikan:
Memberikan sokongan kepada organisasi untuk mempromosikan dan melaksanakan “Pelan Induk Pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)”
- Memperbaik kurikulum SMPC dan mempertingkatkan nilai Sijil Peperiksaan Bersama (UEC)
- Memperkasakan kualiti pendidikan guru dan mendorong guru ke arah professional
- Memanfaatkan teknologi maklumat dan meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pemudahcaraan
- Mementingkan semua pelajar dan memupuk pembelajaran kendiri
- Menggalakkan kerjasama antara sekolah dan membina mekanisme sokongan
Hubungi:
Telefon: 03-8736 2337 Ext: 232
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.