Pengenalan Bahagian Pendidikan Guru
Bahagian Pendidikan Guru dipimpin oleh Timbalan Ketua Eksekutif (Jabatan Hal-Ehwal Pendidikan) dengan konsultasi daripada Badan Penasihat Bahagian Pendidikan Guru untuk menyelaraskan pembangunan guru Sekolah Menengah Persendirian Cina, meneroka sumber latihan guru, dan menganjur kursus-kursus untuk guru demi mencapai matlamat peningkatan profesionalisme guru.
Tugas:
Mendorong "Pelan Pembangunan Pendidikan Sekolah Menengah Persendirian Cina" untuk meningkatkan perkembangan guru secara menyeluruh:
- Mengadakan kursus latihan kerjaya guru untuk meningkatkan kemahiran guru
- Melatih guru-guru baharu Sekolah Menengah Persendirian Cina untuk mengukuhkan perkembangan pengajaran guru secara profesional
- Mendorong program khas latihan mendidik guru-guru Sekolah Menengah Persendirian Cina
- Melatih dan mendidik para pengetua dan kakitangan pentadbiran Sekolah Menengah Persendirian Cina
- Bekerjasama dengan universiti-universiti perguruan luar negara untuk menawarkan kursus diploma pendidikan yang berkualiti
- Menitikberatkan kebajikan untuk guru-guru sekolah Menengah Persendirian Cina,dan memperkukuh barisan guru yang mahir
- Melaksanakan rancangan membantu Sekolah Menengah Persendirian Cina jenis kecil supaya sekolah berkenaan boleh maju dan berkembang secara berkesan
Hubungi:
Telefon: 03-8736 2337 Ext: 265
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.