fbpx

Bahagian Kurikulum

Pengenalan Bahagian Kurikulum

Sejak kebangkitan gerakan selamatkan pendidikan bahasa ibunda pada awal tahun 1970-an, Dong Jiao Zong telah mengadakan “Persidangan Gerakan Perkembangan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)” di Kuala Lumpur pada 16 Disember 1973 untuk berbincang tentang isu-isu seperti kurikulum, peperiksaan, guru, dan masa depan pelajar. Melalui persidangan tersebut telah menghasilkan “Cadangan Perkembangan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)”. Dalam cadangan tersebut di bahagian Kurikulum Bersepadu telah menyatakan bahawa “Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) hendaklah mempunyai dasar pendidikan dan kurikulum yang bersama”. Bahasa pengantar di SMPC hendaklah menggunakan bahasa Cina. Untuk memenuhi keperluan masyarakat, pengajaran bahasa Malaysia diperkukuh untuk tujuan interaksi dan memahami kebudayaan antara kaum. Pada masa yang sama, untuk memenuhi keperluan dan perkembangan dunia, pengajaran bahasa Inggeris juga perlu diperkasakan di SMPC. 

Kurikulum Bersepadu harus berdasarkan keperluan masyarakat Malaysia. Kurikulum ini juga harus memelihara dan mewarisi budaya masyarakat Cina, dan juga berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara untuk mewujudkan budaya baharu pelbagai kaum. Pada masa yang sama, kurikulum tersebut perlu mencapai kualiti pendidikan menengah yang bertaraf antarabangsa dan juga dapat menjaga kepentingan bersama masyarakat berbilang kaum di negara-negara membangun serta dapat mengikut perkembangaan ilmu dan pengetahuan semasa.

Bahagian Kurikulum merupakan salah satu bahagian di bawah Jabatan Hal Ehwal Pendidikan, Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), operasi dan pembangunannya ditauliah oleh Jawatankuasa Kurikulum Bersepadu, Jawatankuasa Kerja SMPC. Bahagian Kurikulum bertanggungjawab atas pembangunan kurikulum dan penyusunan buku teks SMPC, berdasarkan “Pelan Induk Pendidikan SMPC 2018” untuk menggalakkan pembaharuan kurikulum dan melaksanakan “Garis Panduan Pelaksanaan SMPC”.

 

Peranan:

  1. Menubuhkan sistem kurikulum Sekolah Menengah Persendirian Cina
  2. Menggubal dan menyemak standard kurikulum Sekolah Menengah Persendirian Cina
  3. Menyusun dan menyemak buku teks dan bahan bantu mengajar Sekolah Menengah Persendirian Cina
  4. Menyokong pelaksanaan dan penilaian kurikulum   

 

Hubungi:

Telefon: 03-8736 2337  Samb: 222/352

Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Pautan Laman Web Berkaitan: elearning.dongzong.my (e-pembelajaran Dong Zong)