fbpx

Bahagian Hal Ehwal Organisasi

Pengenalan Bahagian Hal Ehwal Organisasi

Bahagian Hal Ehwal Organisasi adalah salah satu unit di bawah Pentadbiran Sekratariat, Dong Zong. Bahagian ini bertanggungjawab untuk mengendali segala urusan berkaitan dengan Dong Zong yang selaku organisasi mengetuai hal-ehwal pendidikan Cina di negara ini. Selain itu, bahagian ini juga bertanggungjawab menyatukan interaksi dalaman organisasi , memastikan keputusan yang ditetapkan dapat dilaksana dengan sebaik-baiknya, dan mengeratkan hubungan dan kerjasama dengan pihak lain.    

 

Tugas:

  1. Mengadakan dan melaksanakan pelbagai mesyuarat yang berkaitan;
  2. Mengumpul dan menyusun informasi minit mesyuarat setiap tahun;
  3. Melaksanakan projek-projek yang ditugaskan oleh organisasi;
  4. Mengeratkan hubungan dengan organisasi lain dari sepelusuk negara;
  5. Meningkatkan operasi dalaman organisasi dan mewujudkan rangkaian hubungan organisasi pendidikan Cina;
  6. Menjalankan pelbagai lawatan dan aktiviti untuk menggalakkan permuafakatan dan perpaduan dalam dan luar organisasi.

Hubungi:

Tel: 03-8736 2337 ext: 200

Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.