fbpx

Ucapan Ahli Jawatankuasa Pusat Dong Zong, Penyelaras Projek "Ke Arah Baru: Pendidikan Bahasa Cina" Encik Low Chee Chong pada Upacara Perasmian Seminar Akademik Antarabangsa “Menerokai Masa Depan Pendidikan: Konsep, Metodologi dan Pragmatik”

Tarikh: 30hb November Sabtu 2019
Masa: Pukul 9 pagi
Tempat: Dewan Auditorium Sekolah Menengah Tsun Jin Kuala Lumpur 



Prospek dalam Pembaharuan Pendidikan



Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama),


Yang Berusaha En Chua Kim Boon, Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah Menengah Cina Persendirian Tsun Jin merangkap Pengerusi Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Ahli-Ahli Jawatankuasa Ke Arah Baru Pendidikan Bahasa Cina, Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.



Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih serta mengalu-alukan kehadiran YB Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof kerana sudi meluangkan masa bersama-sama kita untuk merasmikan Seminar Akademik Antarabangsa.



Hadirin yang saya hormati,



Seminar akademik hari ini merupakan projek utama siri "Ke Arah Baru Pendidikan Bahasa Cina". Kami berharap melalui seminar ini dapat menerokai cara dan idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran, serta menguasai teori pendidikan dan perkembangan antarabangsa, demi pembangunan pendidikan Malaysia.  


Seminar ini bertajuk "Menerokai Masa Depan Pendidikan: Konsep, Metodologi dan Pragmatik" telah menjemput pakar-pakar pendidikan dari China, Hong Kong, Taiwan, dan penyelidik tempatan untuk menyampaikan hasil kajian yang merangkumi pelbagai aspek, iaitu pembaharuan pendidikan, pengajaran berinovasi, penilaian antarabangsa, pendidikan sivik, dan sebagainya.


Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian,



Pendidikan adalah batu asas pembangunan negara. Kerajaan Malaysia dan kami, pertubuhan masyarakat telah melabur begitu banyak masa dan tenaga kerja dalam sistem pendidikan. Sungguhpun usaha penambahbaikan pendidikan telah menampak kesan positif, manakala ia melibatkan kerja-kerja berat seperti pembentukan visi dan misi pendidikan, transformasi struktur sistem pentadbiran dan pelaksanaan, malah ia juga akan menghadapi pemikiran konservatif dan rintangan dalam masyarakat, maka pembaharuan pendidikan secara keseluruhan bukanlah senang dilaksanakan. Selain itu, rancangan dasar pendidikan yang kurang tersusun dan konsisten juga melemahkan impak pembaharuan pendidikan negara.



Kemerosotan kualiti pendidikan dan ketidakseimbangan pupuk bakat akan berlaku sekiranya dasar pendidikan yang tidak bersesuaian. Jika pengagihan peruntukan pendidikan yang tidak munasabah dan memberat sebelah, ia akan memperluaskan jurang kekayaan serta menjejaskan kestabilan sosial. Sebenarmya pembaharuan pendidikan bukanlah mengenai kaedah pemeriksaan, tetapi adalah mengenai pemikiran. Visi pendidikan perlulah fokus dalam mendidik, bukanlah menghabiskan masa untuk mendapatkan markah tinggi dalam peperiksaan.



Kepelbagaian bakat mewujudkan kecemerlangan. Negara memerlukan modal insan yang berpotensi, bukan murid yang pandai menjawab soalan peperiksaan saja. Kemajuan atau kemunduran negara adalah bergantung pada kualiti pendidikan yang kita berikan kepada generasi akan datang.



Hadirin yang saya hormati,



Peribahasa Cina menyebut, ‘tanam sepohon pokok akan menikmati redupnya sepuluh tahun kemudiannya. Bina sebuah sekolah, akan membentuk masyarakat seratus tahun kemudiannya’. Tidak syak lagi bahawa system pendidikan di negara kita mesti diperbaharui.



Demi pembaharuan pendidikan, kita harus meninjau negara-negara luar, mempelajari contoh-contoh yang berjaya dan membuat penyelarasan secara pragmatik. Dengan itu, kita akan memahami pembaharuan pendidikan bukanlah satu cara sahaja, ia mungkin adalah transformasi secara keseluruhan; ataupun sebagai inovasi sebahagian tapi berterusan dari segi dasar, sistem, pelaksanaan untunk menyelesaikan masalah tertentu.



Sekian, Terima kasih.