Kenyataan Dong Zong
30 Mei 2019
Membantah Pelaksanaan Semula Dasar Pengajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)
Tidak Mengendahkan Jurang Perbezaan Antara Bandar dan Luar
Bandar di Sarawak
Dong Zong tidak bersetuju dengan pengumuman yang dibuat oleh Kerajaan Sarawak mengenai pelaksanaan semula PPSMI pada darjah satu di seluruh sekolah rendah (kecuali Sekolah Jenis Kebangsaan Cina/SJKC) bermula tahun 2019, kami berpendapat bahawa pelaksanaan tersebut akan menjejaskan kualiti pendidikan dan membawa kesan negatif di sekolah rendah.
- Dong Zong menegaskan bahawa bahasa ibunda merupakan bahasa pengantar pendidikan yang berpotensi dan efisien, ia telah mendapat pengiktirafan daripada UNESCO dan seluruh dunia. Bahasa ibunda sebagai pedoman dalam peringkat pendidikan rendah, pelajar harus menggunakan bahasa ibunda yang mereka fasih untuk mempelajari pelbagai subjek (termasuk Matematik dan Sains) kerana ia merupakan cara yang efisien. Bagi semua aliran sekolah, pembelajaran ilmu dengan menggunakan bahasa ibunda sendiri merupakan kaedah pendidikan yang paling berkesan.
- Setakat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih belum mengumumkan sebarang laporan penganalisaan mengenai PPSMI dari tahun 2003 hingga 2009 dan kerajaan juga tidak membuat sebarang kajian secara terperinci terhadapnya, maka pelaksanaan melaksanakan PPSMI secara terburu-buru adalah tidak sesuai. Kami berpendapat bahawa ia merupakan sikap yang tidak bertanggungjawab, semata-matanya untuk memuaskan permintaan daripada segelintir orang dan bercanggah dengan teori pendidikan, serta menjadikan murid sebagai bahan eksperimen secara tidak langsung.
- Selain itu, Sarawak mengalami kekurangan guru yang berkemahiran dalam PPSMI. Kerajaan negeri Sarawak menyatakan bahawa seramai 2657 orang guru Sains dan Matematik yang masih belum mendapat sebarang program latihan. Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran pelajar-pelajar, terutamanya dalam peringkat sekolah rendah. Kekurangan program latihan dan pengajaran dengan bahasa yang tidak fasih (iaitu bukan bahasa ibunda) akan menjejaskan kualiti pengajaran dan melemahkan keberkesanan pembelajaran murid. Jelas, ia hanya mengulangi kesilapan yang sama seperti masa dahulu.
- Negeri Sarawak merupakan negeri yang luas dan penduduknya bertaburan. Jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar adalah amat ketara, maka pelaksanaan PPSMI tanpa berfikir panjang hanya menyebabkan ketidakadilan masyarakat makin serius. Kebanyakan kajian mengenai pelaksnaan PPSMI menunjukkan bahawa pelaksanaan PPSMI di bandar dan luar bandar menjejaskan pencapaian akademik pelajar, khususnya pelajar yang berada di luar bandar dan dari keluarga yang berstatus sosia-ekonomi rendah. Dong Zong berpendapat bahawa pendidikan negara harus bersesuaian untuk semua golongan rakyat, bukan semata-matanya mengikut cara yang dicadangkan oleh golongan elit dan tidak mempedulikan keperluan golongan masyarakat yang lemah. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) langsung tidak mengkaji dasar tersebut akan memburukkan jurang perbezaan masyarakat, hakikatnya PPSMI telah menyebabkan pelajar yang lemah mengalami masalah dan kemusykilan dalam aspek pembelajaran, di samping kerajaan juga tiada apa-apa rancangan untuk membantu pelajar-pelajar ini.
- Dasar PPSMI bukan cara yang baik untuk meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris , Kementerian Pendidikan harus memperkasa dan mengkaji standard kurikulum bahasa Inggeris dengan teliti supaya pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan cara yang tepat dan betul. Dengan ini, Dong Zong membantah pelaksnaan semula PPSMI dan menyokong prinsip pendidikan bahasa ibunda di semua aliran sekolah di negara ini.