fbpx

Pengumuman Mesyuarat Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

Pengumuman Mesyuarat Bersama Dong Zong dan Jiao Zong

12 Disember 2019

 

Dong Jiao Zong tidak menerima, tidak mengiktiraf, tidak melaksanakan Garis Panduan Pengenalan Tulisan Jawi (Panduan Jawi) kerana ia sudah melanggar keputusan Kabinet dan juga DSKP, dan juga tidak mematuhi peranan yang diberikan kepada pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) yang tercatat di dalam Akta Pendidikan 1996. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengatakan bahawa samada akan dilaksana pengajaran tulisan Jawi adalah di bawah hak pemilihan ibubapa atau penjaga bukan sahaja membawa kontradiksi kepada perhubungan harmoni dan muhibah antara ibubapa dan murid yang berbilang kaum dalam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), malah ia akan menyebabkan peranan LPS SJKC luput sama sekali.   

 

Maka dengan alasan-alasan ini, Mesyuarat bersama yang berlangsung pada 12hb Disember meluluskan resolusi di bawah untuk mempertahakkan peranan LPS dan membantah Panduan Jawi:

 

1) Dong Jiao Zong menegaskan pihak LPS semestinya mempunyai peranan penentuan hal-hal sekolah, KPM juga harus meluput atau membatalkan Panduan Jawi dengan segera.

 

2) Dong Jiao Zong menyeru semua LPS dan PIBG mengembalikan Panduan berkenaan kepada KPM sebagai tanda pembantahan.

 

3) Dong Jiao Zong akan mengadakan satu persidangan pertubuhan-pertubuhan Cina agar memohon pihak kerajaan untuk mendengar suara rakyat, semoga pengenalan unit tulisan Jawi di SJKC dan SJKT diluput dan dibatal.

 

4) Menyeru pertubuhan negeri untuk mengadakan mesyuarat khas dengan LPS dan PIBG pada masa terdekat, di samping mengumpul tandatangan dan cap pertubuhan untuk dikemukakan kepada KPM sebagai tanda sahutan dan suara rakyat berkenaan isu ini.