Kenyataan Dong Zong dan Jiao Zong
4 Disember 2021
Berkenaan penambahan semula aksara Cina pada papan tanda 2 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di Pekan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang, Dong Zong dan Jiao Zong mengeluarkan kenyataan seperti berikut:
- Jabatan Pendidikan Pahang membekalkan papan tanda mengandungi nama sekolah SJK(C) dalam Bahasa Melayu dan tulisan Jawi, tetapi tidak dalam aksara Cina. Timbalan Pendidikan Dato’ Dr Mah Hang Soon telah segera menguruskan perkara tersebut selepas dibantah oleh pelbagai pihak. Kini, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang telah menambah aksara Cina nama sekolah pada papan tanda tambahan nama sekolah dan siap dipasang di sekolah-sekolah berkenaan. Dong Jiao Zong mengalu-alukan pembetulan tersebut.
- Susunan bahasa pada papan tanda tambahan nama sekolah yang baharu itu dimula dengan tulisan Jawi dan disusuli dengan aksara Cina dan bahasa Melayu. Dong Jiao Zong berpendapat, bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi manakala bahasa Cina ialah bahasa pengantar bagi SJKC, maka papan tanda tambahan nama sekolah yang dibuat oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang seharusnya menitikberatkan bahasa Melayu atau bahasa Cina. Nama sekolah mengandungi tulisan Jawi kerana Dewan Undangan Negeri Pahang telah meluluskan keputusan untuk menetapkan semua papan nama perniagaan dan pertubuhan bukan kerajaan dikehendaki mengandungi tulisan Jawi, manakala tokong, kuil dan gereja dikecualikan. Ini merupakan satu dasar yang baharu dan khusus di negeri Pahang, maka tulisan Jawi pada papan tanda nama sekolah haruslah disusun pada barisan ketiga, barulah ini menepati keadaan sebenar. Oleh itu, Dong Jiao Zong menyeru pihak Jabatan Pendidikan membuat pembetulan agar kejadian itu dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya.
- Dong Jiao Zong mengambil berat tentang perkembangan lanjut isu papan tanda tambahan nama sekolah dan menegaskan bahawa segala langkah yang diambil oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pahang hendaklah tidak mengubah ciri-ciri khas setiap aliran sekolah untuk mengekalkan keunikan kepelbagaian bahasa dan budaya yang ada pada semua aliran sekolah.