Page 353 - 2019workreport.indd
P. 353

文献   347
                                                                                               347







                        Kenyataan Bersama Persatuan-persatuan Cina 1228
                                            28 Disember 2019


                   Kami  menyuarakan  rasa  tidak  puas  hati  atas  tindakan  pihak  polis  membuat
               permohonan kepada mahkamah magistret Kajang untuk mendapatkan perintah larangan
               terhadap  Persidangan  Pertubuhan-Pertubuhan  Cina  pada  28  Disember  2019  dengan
               alasan mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan bahaya kepada nyawa atau
               keselamatan manusia.
                   Kami menegaskan bahawa kebebasan berhimpun dan bersuara merupakan hak asasi
               yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Pihak polis seharusnya mengambil
               tindakan terhadap  individu dan kumpulan yang sengaja mengancam dan mengganggu
               Persidangan  Pertubuhan-Pertubuhan  Cina  dijalankan  secara  aman.  Ini  merupakan
               tanggungjawab polis, dan bukannya menyalahgunakan prosedur kehakiman yang telah
               merampas  kebebasan  menyuara  kami  sebagai  penganjur  yang  mematuhi  undang-
               undang.
                   Persidangan Pertubuhan-Pertubuhan Cina bertujuan menyuarakan pandangan dan
               saranan terhadap isu pengajaran dan pembelajaran tulisan Jawi demi cari jalan secara
               berdialog dan bukannya konfrontasi. Persidangan ini bukan sahaja mendapat sokongan
               dari  masyarakat  Cina,  tetapi  juga  disertai  oleh  masyarakat  India,  ahli  akademik  kaum
               Melayu serta wakil-wakil  dari Sabah dan Sarawak. Persidangan ini sememangnya akan
               dijalankan secara aman dan rasional, kami juga menyeru semua peserta harus mematuhi
               prinsip ini. Persidangan ini langsung tidak seperti perhimpunan pihak lain yang sengaja
               mencetuskan sentimen perkauman dan menjejaskan keharmonian negara.

                   Setakat 27 Disember 2019, sebanyak 1118 buah SJKC  dan Pertubuhan Cina telah
               menyatakan sokongan kepada persidangan ini. Selain itu,  lebih daripada 900 buah SJKC
               telah menandatangani untuk menyatakan pendirian tidak setuju terhadap pengajaran dan
               pembelajaran tulisan Jawi di SJKC yang bukan dalam konteks kepelbagaian. Dalam pada
               itu, masih ada beberapa negeri sedang menjalankan kempen tandatangan ini.

                   Pandangan  rakyat  harus  didahulukan,  suara  rakyat  tidak  boleh  diketepikan,
               memandangkan  isu  tulisan  Jawi  harus  ditangani  segera,    maka  kami  mengeluarkan
               kenyataan bersama seperti berikut.







                        Kenyataan Bersama Persatuan-persatuan Cina 1228


                   Malaysia  merupakan  sebuah  negara  yang  berbilang  kaum,  budaya    dan  agama,
               selama ini kami mendukung semangat kepelbagaian dan menerima setiap Bahasa dan
               tulisan, termasuk tulisan Jawi. Bagaimanapun, kami berpendapat bahawa pelaksanaan
   348   349   350   351   352   353   354   355   356   357   358