Page 354 - 2019workreport.indd
P. 354

2 2
      0 0
      1 1
      9 9
     工
     工
     作
     作
     报
     报
     告
     告        dasar pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa berkenaan seharusnya berdasarkan
     书
     书        prinsip kepelbagaian Bahasa dan budaya.
                  Garis  Panduan  Pelaksanaan  Pengenalan  Tulisan  Jawi  Dalam  Mata  Pelajaran
              Bahasa Melayu Untuk Murid Tahun 4 SJK Mulai Tahun 2020 yang diumumkan pada 5
              Disember 2019 ataupun garis panduan yang dipinda semula pada 20 Disember 2019,
              jelas  menunjukkan  bahawa  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  tidak  dapat  menangani
              isu tulisan Jawi ini secara profesionalisme, malah menimbulkan rasa tidak puas hati di
              kalangan rakyat.

                  Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) merupakan komponen yang penting dalam SJKC,
              tetapi  Kementerian  Pendidikan  Malaysia  membuat  keputusan  bahawa  pelaksanaan
              pengenalan tulisan Jawi di SJK hanya akan dilaksanakan jika dipersetujui PIBG serta ibu
              bapa dan murid. Perbuatan ini langsung tidak  menghormati hak dan kuasa Lembaga
              Pengelola Sekolah. Ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan masyarakat Cina, malah
              juga bukan langkah penyelesaian yang pragmatik terhadap isu tulisan Jawi. Keadaan ini
              menyebabkan masyarakat  hilang keyakinan terhadap Kementerian Pendidikan Malaysia.

                  Memandangkan masyarakat Cina dan India tidak setuju dengan terhadap pelaksanaan
              PdP tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 4 di SJK, maka sekiranya
              Kementerian  Pendidikan  Malaysia  meneruskan  dasar  ini,  tentu  akan  menyebabkan
              ketegangan  hubungan  antara  rakyat  dengan  kerajaan,  dan  seterusnya  menjejaskan
              perpaduan dan keharmonian negara. Maka, kerajaan seharusnya menunjukkan keikhlasan
              dan mengambil tindakan yang wajar untuk mengubah dasar-dasar yang menimbulkan
              kebimbangan masyarakat.

                  Demi  kepentingan  negara  dan  memelihara  keharmonian  masyarakat,  kami
              meluluskan ketetapan- ketetapan berikut:

              1.    Kami bertegas dengan pendirian untuk mempertahankan hak dan kuasa Lembaga
                 Pengelola  Sekolah  dalam  pengurusan  sekolah,  maka  Lembaga  Pengelola  Sekolah
                 mempunyai hak dan kuasa penentuan terhadap segala dasar Kementerian Pendidikan
                 Malaysia yang dilaksanakan di SJK.
              2.     Menyeru kerajaan prihatin terhadap pandangan masyarakat Cina dan India, supaya
                 pelaksanaan  Pengajaran  dan  Pembelajaran  tulisan  Jawi  dibatalkan  dalam  sukatan
                 pelajaran Bahasa Melayu tahun 4 di SJK.
              3.    Sekolah harus memupuk semangat kepelbagaian budaya, maka kami setuju dengan
                 kaedah interaksi budaya yang memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum, termasuk
                 seni tulisan Jawi, Cina,  Tamil dan suku kaum lain. Dalam konteks ini, Kementerian
                 Pendidikan Malaysia boleh merujuk kepada buku teks Bahasa Melayu SJK Tahun 5
                 yang memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum.
              4.     Menyeru Kementerian Pendidikan Malaysia mengadakan dialog bersama Pertubuhan
                  Pendidikan Cina dalam masa yang terdekat untuk menyelesaikan isu pengajaran dan
                  pembelajaran tulisan Jawi di SJK.









          348
          348
   349   350   351   352   353   354   355   356   357   358   359