Page 346 - 2019workreport.indd
P. 346

2 2
      0 0
      1 1
      9 9
     工
     工
     作
     作
     报
     报
     告        教总已经事先联系,教育部也知道了,但却因为教育部内部协调问题而出现了状况。因
     告
     书        此,有关官员向媒体发表董教总没有预约的谈话,根本就是无稽之谈。
     书
                  无论如何,目前更重要的是教育部已经收到董教总的备忘录,我们促请教育部尽速
              回应我们在备忘录所提及的事项,不要再转移视线。






                          Kenyataan Bersama Dong Zong dan Jiao Zong
                                           1 Disember 2019

                  Memandangkan    tuduhan  pegawai  Kementerian  Pendidikan  yang  mengatakan
              bahawa  Dong  Jiao  Zong  hanya  memaklumkan  pihak  kementerian  satu  jam  sebelum
              datang untuk mengemukakan memorandum adalah tidak benar, maka Dong Jiao Zong
              mengeluarkan  kenyataan  berikut  untuk  menjelaskan  keadaan  yang  sebenar.    Dong
              Jiao Zong  sememangnya telah membuat janji temu dengan  pihak kementerian untuk
              mengemukakan memorandum pada  29 November 2019, jam 3 petang. Maka, sebarang
              khabar angin yang menyatakan Dong Jiao Zong  “tidak membuat janji temu ” merupakan
              perbuatan  yang sengaja memutarbelitkan   fakta sebenar.

                  Setelah  membuat  keputusan  untuk  mengemukakan  memorandum  kepada
              Kementerian Pendidikan pada  29 November 2019, jam 3 petang, Dong Jiao Zong mula
              menghubungi Pejabat Menteri Pendidikan pada pagi 28 November 2019, iaitu satu hari
              sebelum  mengemukakan memorandum. Walaupun telah banyak kali Dong Jiao Zong
              hubungi Pejabat  Menteri Pendidikan termasuk memberi mesej melalui  WhatsApp tetapi
              langsung tidak diberi jawapan pada 28 November 2019. Maka, Dong Jiao Zong terus
              menghubungi Pejabat Menteri Pendidikan pada 29 November 2019 supaya menghantar
              pegawai untuk menerima memorandum pada 3 petang. Dong Jiao Zong amat bersyukur
              kerana  akhirnya mendapat jawapan daripada   Pejabat Menteri Pendidikan pada  jam 1.58
              petang dan memberitahu akan  menghantar  pegawai untuk  menerima memorandum
              berkenaan. Ini jelas menunjukkan bahawa Dong Jiao Zong telah membuat janji temu
              dengan  Pejabat  Menteri  Pendidikan    untuk  mengemukakan    memorandum  pada  29
              November 2019, jam 3 petang.

                  Sebenarnya,  seorang pegawai Pejabat Menteri Pendidikan  memberithu Dong Jiao
              Zong  bahawa mereka memang telah menghantar seorang pegawai untuk menerima
              memorandum  pada  hari  berkenaan,  tetapi  pegawai  tersebut  telah  keluar  sementara
              tanpa memberitahu pegawai yang lain. Ini menyebabkan tidak ada pegawai tampil untuk
              menerima memorandum pada jam 3 petang. Menurut beliau ini merupakan kejadian di
              luar jangkaan yang tidak diingini.

                  Bagaimanapun, semua ini menunjukkan bahawa Dong Jiao Zong sememangnya telah
              menghubungi Kementerian Pendidikan terlebih dahulu, Kementerian Pendidikan bukan
              sahaja  telah mengetahui perkara ini, malah telah bersetuju menghantar pegawai untuk
              menerima  memorandum.  Kejadian  ini  berlaku  disebabkan    masalah  penyelenggaraan






          340
          340
   341   342   343   344   345   346   347   348   349   350   351