Page 371 - 2019workreport.indd
P. 371
文献 365
365
Hadirin yang dihormati,
Pendidikan Teknikal dan Vokasional amatlah penting dalam pembangunan negara,
lihatlah kejayaan negara-negara maju seperti German, Japan, Korea dan lain-lain,
terbuktinya kejayaan mereka adalah kerana dari hasil sistem pendidikan TVET yang
tersusun mereka.
Untuk pengetahuan YB menteri dan para hadirin, Pendidikan Teknikal dan Vokasional
(TVET) telah bermula pada tahun 1987 di Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC).
Kini, terdapat 19 buah SMPC yang menawarkan pendidikan TVET dan jumlah
keseluruhan pelajar yang mengikuti kursus-kursus ini ialah sebanyak 2046 orang. Akan
tetapi, masalah pengiktirafan sijil vokasional telah memberi kekangan kepada pelajar yang
menyertai program ini. Namun, bantuan dan sokongan daripada Kementerian Sumber
Manusia telah memberi harapan kepada para pelajar untuk meneruskan impian mereka.
Kami amatlah bangga dengan sokongan dan galakan yang diberi oleh Kementerian
Sumber Malaysia atas usaha-usaha SMPC. Ribuan terima kasih!
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada
Encik Cheong Chee Khing dan Encik Tan Chin Yim atas usaha dan kerjasama mereka
yang merealisasikan Majlis Menandatangani Memorandum ini.
Kandungan Memorandum Persefahaman yang ditandatangani hari ini merangkumi
2 aspek utama:
Yang pertama, rancangan untuk melatih guru-guru kelas teknikal yang sedia ada di
SMPC dengan kerjasama Jabatan Sumber Manusia.
Yang kedua, membantu Dong Zong dan SMPC dalam usaha permohonan menjadi
Pusat Bertauliah (PB) yang berdaftar dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Hadirin sekalian,
Atas usaha daripada pelbagai pihak, pelajar-pelajar SMPC yang memilih aliran teknikal
dan vokasional akan berpeluang menerima Sijil Kemahiran Malaysia pada masa akan
datang. Kami yakin dengan usaha yang dijalankan ini lepasan SMPC dapat menyumbang
kepada pembangunan negara. Kami berharap dengan menitikberatkan TVET ini negara
kita akan berkembang pesat dalam perindustrian seperti negara Jerman, Jepun, Korea,
dan Taiwan.
Para hadirin,
Akhir sekali, kami berharap agar SMPC dapat usaha bersama-sama untuk
menjayakan transformasi TVET negara kita.
Sekian, terima kasih.